Gejala dan punca
Jika anda mengalami kesesakan nafas, masalah semasa menaiki tangga dan degupan jantung yang pantas, anda mungkin mengalami ketidakcukupan mitral. Atau gangguan daripada injap mitral yang merupakan salah satu daripada injap jantung. Ini adalah dikenali sebagai ‘kebocoran injap mitral jantung’.
Gejala kebocoran injap jantung mitral
Gejala kebocoran injap mitral jantung adalah bergantung kepada tahap kebengkakan injap. Dalam kebanyakan kes, kebocoran injap mitral jantung hanya mengalami sedikit gejala atau langsung tiada gejala. Dalam kes sekatan bekalan darah daripada injap mitral yang teruk, gejala-gejala berikut adalah dipertimbangkan:
- Kesesakan nafas, terutamanya selepas bersenam atau ketika berbaring
- Rasa lemah dan letih, terutamanya semasa menjalani aktiviti yang meningkat (contohnya, menaiki tangga)
- Kekurangan selera makan
- Mengantuk
- Tidak sedar diri seketika, pandangan anda kadangkala “menjadi gelap”
- Batuk yang merengsakan yang kadangkala semakin teruk apabila berbaring
- Palpitasi jantung, rasa degupan jantung pantas dan berdebar
- Pengekalan cecair, kaki dan buku lali bengkak
- Kerap berkencing pada waktu malam
Apakah itu Ketidakcukupan Mitral?
Ketidakcukupan injap mitral, ketidakcukupan mitral atau MI merupakan gangguan bekalan darah daripada salah satu injap jantung, iaitu injap mitral. Injap jantung berfungsi untuk mengawal pengaliran darah melalui empat ruang-ruang jantung. Setiap injap mengandungi struktur tisu yang lembut namun stabil. Apabila darah mengalir melalui empat ruang-ruang jantung ini, injap-injap akan berbuka dan bertutup untuk memastikan pengaliran darah dalam arah yang betul.
Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan ventrikel kiri dan bertindak sebagai pengedap: ia memastikan darah mengalir melalui jantung dengan degupan jantung yang normal. Jika injap mitral tidak bertutup dengan sepenuhnya, darah akan mengalir balik dalam arah bertentangan, atau mengalir balik ke dalam atrium. Ini merujuk sebagai pengaliran balik ketidakcukupan mitral.
Punca-punca kebocoran injap jantung
Terdapat pelbagai jenis punca-punca yang menyebabkan kebocoran injap mitral jantung. Ini adalah termasuk:
- Kemerosotan tisu injap
- Kecacatan injap kongenital
- Masalah jantung seperti infarksi atau punca lain akibat daripada kelemahan otot jantung
Akibat-akibat kebocoran injap jantung
Injap mitral yang bocor akan meningkatkan beban kepada jantung dan paru-paru. Tahap keterukan adalah bergantung kepada isipadu darah beroksigen yang mengalir ke organ, dan kemudian mengalir balik ke atrium tanpa peredaran dalam badan.
Sebab-sebab yang mengakibatkan kobocoran injap jantung adalah disebabkan oleh pampasan semasa kekurangan kuantiti darah dalam organ. Sesetengah pesakit juga akan mengalami kebengkakan jantung. Keadaan ini akan menyebabkan jantung perlu mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih kuat. Dari semasa ke semasa, ini akan melemahkan jantung. Kelemahan jantung akan menyebabkan pengurangan keupayaan jantung, kesesakan nafas semasa melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan sekatan bekalan darah semasa peredaran darah dalam paru-paru. Ini akan menyebabkan pulmonari edema yang akan mengganggu dan mengancam nyawa. Pengaliran balik darah ke dalam atrium juga akan menyebabkan kebengkakan atrium. Ini akan menyebabkan aritmia jantung (contohnya, fibrillasi atrium) atau strok.
Badan kita berkeupayaan untuk menampung keadaan injap jantung yang tidak tertutup dengan sempurna buat sementara waktu tanpa dikesani. Ini hanya akan dikesani apabila gejala-gejala semakin tertimbul. Walau bagainmanapu, gangguan injap pada tahap ini sudah mencapai peringkat yang teruk. Ketidakcukupan mitral yang teruk dikehendaki menjalankan pemeriksaan dan rawatan dengan segera untuk mengelakkan akibat-akibat seperti disebut di atas.
Rawatan
Ubat-Perubatan
Doktor anda akan memberikan ubat-ubatan yang membantu untuk merawat gejala injap jantung mitral yang bocor. Walau bagaimanapun ubat-ubatan boleh merawat gejala-gejala yang tertimbul, tetapi tidak akan menghilangkan punca itu sendiri. Ubat-ubatan rawatan adalah seperti berikut:
Diuretik
Diuretik ialah ubat yang akan membantu badan anda untuk merembeskan cecair yang berlebihan. Ubat ini akan menstimulasikan buah pinggang anda untuk menghasilkan lebih banyak air kencing. Disebabkan ini, jantung akan mengurangkan pengepaman cecair melalui badan dan pembentukan cecair (edema) dalam paru-paru atau kaki.
Ubat-ubatan yang mengawal tekanan darah
Ubat-ubatan yang mengawal tekanan darah (contohnya, penyekat ACE atau penyekat AT1) diberikan supaya jantung anda mengepam tanpa halangan. Ini akan mengurangkan beban jantung anda dan mengurangkan aliran balik darah.
Ubat-ubatan yang mencairkan darah
Pencair darah (antigumpal atau penyekat gumpalan) mestilah mengurangkan risiko gumpalan darah. Ini melindungi jantung daripada serangan strok. Ini sering berlaku akibat daripada aritmia kardiak yang disebabkan ketidakcukupan mitral.
Rawatan Pembaikan Injap Mitral Secara Transkateter
Doktor anda boleh mencadangkan rawatan pembaikan injap mitral secara transkateter (pembinaan semula injap mitral secara perkutaneus) jika anda memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Rawatan TMVr adalah paling kurang invasif jika dibandingkan dengan pembedahan jantung terbuka.
Pakar-pakar kardiologi dan pakar-pakar bedah jantung yang akan menjalankan prosedur ini untuk membaiki injap jantung yang bocor dengan memasang klip khas pada injap mitral. Klip ini akan memastikan injap jantung bertutup dengan lebih berkesan dan menambahbaikan pengaliran darah secara normal melalui jantung.
Bagaimanakah rawatan ini berfungsi?
Pembaikan injap mitral secara transkater ialah rawatan melalui sejenis klip yang akan dipasang terus pada injap mitral anda tanpa pembedahan dada dan penyambungan kepada mesin jantung paru-paru. Untuk mencapai injap mitral anda, satu kateter panduan fleksibel yang panjang akan dimasukkan melalui arteri pada bahagian pangkal paha dan digerakkan ke atas jantung.
Kemudian, klip ini akan dipasang pada injap dengan bantuan kateter panduan. Selepas ini, injap anda akan bertutup dan berfungsi dengan lebih berkesan semula. Semasa prosedur ini, doktor anda akan menentukan kedudukan klip dalam keadaan jantung tengah berdegup. Jika perlu, doktor anda akan melaraskan alat ini sekerap mungkin untuk mencapai penambahbaikan optimum yang diingini dalam keadaan ketidakcukupan mitral. Penambahbaikan untuk ketidakcukupan mitral boleh ditentukan dengan imbasan imej 3D-ultrasound. Anda akan berada dalam keadaan anestesia yang sepenuhnya semasa prosedur ini.
Adakah anda layak mendapatkan rawatan ini?
Rawatan transkateter untuk membaiki ijap mitral adalah sesuai terutamanya untuk golongan:
- pesakit lanjut usia
- pesakit yang mempunyai masalah selain penyakit jantung
Jika anda tergolong dalam salah satu daripada kumpulan seperti di atas, anda mungkin mengalami risiko komplikasi semasa pembedahan jantung terbuka. Rawatan transkateter merupakan satu alternatif yang baik untuk membaiki injap mitral anda dengan mengurangkan gejala-gejala secara kurang invasif. Namun begitu, setiap pesakit mempunyai kriteria yang tersendiri yang akan menentukan sama anda rawatan transkateter ini boleh dilakukan. Hanya doktor yang boleh menentukan sama ada rawatan pembaikan injap mitral scara transkateter ialah pilihan yang tepat untuk anda.
Source with courtesy from leaky heart valve